Rabu, 30 Oktober 2013

Terkena buatan sendiri atau pilihan sendiri?

Kebanjiran warga asing yang datang ke Malaysia amat membimbangkan. Jika dilihat daripada sudut yang positif, ini amat bagus kerana dapat mempercepatkan negara kita membangun dengan pesat sejajar dengan Wawasan 2020.  Namun kehadiran mereka yang semakin hari semakin ramai akan mengundang kearah gejala sosial yang semakin hari semakin meningkat. Antara berita yang hangat menjadi hiasan muka depan di dada akhbar ialah wanita atau gadis melarikan diri ke Lombok,Indonesia. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, nama Pulau Lombok,Indonesia menjadi semakin sinonim dengan gejala melarikan wanita atau gadis Malaysia. Kebanyakan daripada mereka yang melarikan diri ini berusia bawah 18 tahun. Hal ini terjadi kerana jejaka Lombok ini tahu menggunakan taktik-taktik yang akan menyebabkan wanita dan gadis Malaysia ini cair dengan mereka. Hal ini bukan sahaja terjadi kepada gadis-gadis namun ia juga berlaku kepada suri rumahtangga yang tegar meninggalkan suami dan anak-anak semata-mata mahu mengikut jejaka Lombok tersebut. Yang menjadi persoalannya sekarang ialah wanita dan gadis-gadis Malaysia ini terkena buatan atau pilihan mereka sendiri untuk mengikut jejaka Lombok ini? Adakah mereka tidak sedar bahawa kehidupan disana amat susah jika dibandingkan di Malaysia walaupun bergaji kecil namun mampu untuk mebeli makan,minum dan peralatan rumah. Jika dibandingkan dengan kehidupan disana ibarat kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.


            Faktor utama kepada persoalan ini ialah perasaan. Apabila seorang gadis meningkat dewasa, dengan hormon estrogen maka gadis remaja itu mengalami perubahan dari peringkat kanak-kanak menjadi remaja. Maka pada usia begini apa yang mereka perlukan ialah perhatian dan kasih sayang daripada orang lain selain daripada ibubapa. Ini bukan kerana ibubapa tidak sayang akan gadis remaja namun disebabkan kekangan masa bersama punca gadis remaja tersebut cuba mencari kasih sayang daripada orang yang sanggup memberikan sepenuh perhatian kepada mereka. Oleh itu, disebabkan kehebatan jejaka Lombok ini berkata-kata maka menyebabkan gadis remaja ini cepat cair terutama sekali mereka yang berusia antara 13 hingga 16 tahun. Pada usia yang begini, mereka sangat-sangat kondusif untuk dipengaruhi dengan mudah menggunakan ayat-ayat cinta kerana pada usia begini mereka amat suka apabila ada orang yang sangat-sangat menganbil berat tentang diri mereka. Bercinta itu bukan perbuatan yang salah namun ia akan dikatakan jenayah berdasarkan akta yang telah digubal iaitu
  • Akta perlindungan gadis dan wanita
  • Umur individu yang terlibat
  • Perbuatan melarikan orang dengan salah iaitu daripada jagaan yang sah.

Mengikut terma dibawah forensik psikiatrik, lelaki yang minat terhadap gadis dibawah umur ini dikenali sebagai pedofilia. Dari sudut jenayah, pedofilia ini berlaku kerana mereka yang mempunyai sifat ini mendapat kepuasan apabila melakukan hubungan, sama ada intim atau tidak dengan kanak-kanak. Lelaki yang memikat atau memawa lari gadis yang berusia 18 tahun kebawah dikenali sebagai pedofilia. Tahap pedofilia ini boleh disamakan dengan kelompok perogol.

            Selain itu, minat mereka terhadap gadis. Contonhya, mereka ini berusia antara 30-an atau 40-an namun minat mereka pada gadis yang berusia 14 tahun. Minat sebegini bukan hanya minat suka-suka seperti minat antara budak sekolah ntetapi minat ini cenderung kepada minat seksual terhadap gadis tersebut. Walaupun mereka sudah berkahwin atau tidak. Ataupun sudah mengalami pengalaman seksual atau tidak tetapi bagi mereka kepuasan abadi adalah dengan menjalin hubungan dengan kanak-kanak. Gadis yang berusia dibawah 18 tahun masih dipanggil kanak-kanak.



            Hal ini juga berlaku disebabkan oleh budaya di negara mereka sendiri. Pekerja luar yang datang bekerja di negara kita haruslah menghormati budaya negara kita. Budaya mereka disana mengiktiraf atau mengangkat sesiapa yang boleh melarikan gadis dari daerah yang beralainan akan diiktiraf sebagai anak jantan. Sepatutnya, apabila mereka datang kesini, mereka tidak harus membawa budaya mereka kesini. Mereka ini mempunyai kebolehan menunjukkan kemesraan. Mereka juga merupakan pendengar yang baik dan pandai mengambil hati gadis. Terutama sekali gadis yang masih belajar disekolah menengah. Mereka akan memberikan hadiah seperti teddy bear, beg Hello Kitty atau top-up. Itu semua dh cukup untuk menambat hati pelajar perempuan yang masih bersekolah.


            Kesimpulannya, kita sebagai ibubapa harus melihat anak itu sebagai amanah yang diberikan oleh Allah bukannya satu beban. Ibubapa haruslah mencorakkan anak-anak dengan coretan kasih sayang bukannya membiarkan mereka menjalani kehidupan tanpa bimbingan terutama sekali anak-anak gadis yang baru akil baligh. Hal ini kerana pada usia itu, mereka ingin mencuba semua perkara yang ada dalam dunia ini. Padahal pada waktu akil baligh ini mereka sangat keliru dengan identiti mereka dan cuba untuk mencari identiti masing-masing dengan meniru orang lain. Jika tersalah pilih maka binasalah mere. Ibubapa harus bersikap terbuka sekiranya telah mempunyai remaja. Pendekatan antara kanak-kanak dan remaja sangat berbeza kerana remaja ini sangat percayakan rakan mereka. Maka ibubapa perlu menjadi rakan kepada anak remaja mereka. Jangan mengarahkan mereka tetapi dengar dan tanya pendapat mereka terlebih dahulu agar mereka rasa diri mereka dihargai. Hiaslah diri anak-anak dengan ilmu agama yang mencukupi agar mereka tahu sempadan setiap perbuatan mereka.


sumber:utusan malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan