Perkahwinan merupakan suatu perkara yang sangat suci bagi
agama Islam dan menyatukan dua jiwa yang saling menyintai. Perkahwinan ini
dapat mengelakkan diri daripada melakukan maksiat dan melahirkan zuriat yang
suci. Semakin hari semakin rancak kita mendengar keganasan terhadap wanita
terutama sekali apabila suami yang memukul isteri. Kenapa hal ini berlaku?
Adakah ini salah diri mereka,persekitaran atau faktor ekonomi? Sepatutnya si
suami yang menjadi pelindung kepada si isteri. Namun kini tidak lagi kerana si
suami tergamak memukul isteri. Walhal si isteri terpaksa melalui kesusahan
dalam mengandung, melahirkan dan menjaga anak. Namun balasan yang diberi ialah
sepak terajang daripada suami yang tidak bertanggungjawab. Erti perkahwinan
bagi wanita ialah perjudian. Jika bernasib baik maka akan dapat suami yang
sangat menyayangi diri hingga akhir hayat. Jika tidak bernasib baik maka
meranalah seumur hidup.
Persoalan mengapa keganasan dalam
rumah tangga berlaku selalu bermain diruangan benak kita. Hal ini berlaku
kerana tekanan hidup yang tinggi. Bagi mereka yang tinggal di bandar besar
seperti Kuala Lumpur akan mengalami tekanan hidup yang tinggi. Tinggal dibandar
besar memerlukan belanja yang besar kerana setiap kali kita melakukan
pergerakan haruslah mengeluarkan wang walaupun hanya untuk masuk ke tandas
membuang air kecil. Bagi mereka yang sudah berkeluarga akan meningkat belanja
harian. Kadang-kadang, mereka yang telah berkeluarga ini akan bekerja lebih
daripada dua pekerjaan sehari untuk menampung keperluan harian mereka
sekeluarga. Untuk melepaskan penat lelah seharian mencari nafkah maka kemarahan
tersebut akan dilepaskan kepada isteri dan anak-anak. Sepatutnya perkara
sebegini tidak terjadi.
Selain itu, ada orang ketiga dalam
rumahtangga. Statistik di mahkamah syariah menunjukkan punca utama perceraian
adalah dengan kehadiran orang ketiga dalam sebuah rumahtangga tersebut. Apabila
si isteri tahu bahawa si suami mempunyai ‘kekasih gelap’ diluar maka akan
tercetus kemarahan si isteri. Isteri mana yang sanggup apabila dipermainkan
oleh suami. Nak jaga isteri dan anak-anak pun tidak termampu. Inikan mahu
pasang lagi satu. Kekasih gelap itu pulak kaki cukur atau kikis. Lagi meranalah
hidup si isteri tersebut. Bila duit sudah habis banyak pada kekasih gelap bila
balik rumah mengamuk dan pukul sepak terajang isteri. Patutkah begitu? Mana
kesedaran sivik? Wanita sepatutnya dibelai dan disayang bukannya disepak
terajang.
Walaupun secara lahiriahnya kita
beragama Islam (bagi bangsa Melayu) namun ilmu di dada tentang Islam masih
tidak cukup. Tidak kisahlah ilmu didada cukup atau tidak. Itu bukan menjadi
persoalannya disini. Yang menjadi persoalannya, adakah kita tahu tentang
perkara asas dalam rukun Islam dan rukun Iman. Sepatutnya rukun Islam dan rukun
Iman ini yang wajib kita ingat hingga ke liang lahad. Cukuplah jika tahu rukun
Islam dan rukun Iman untuk menjadi panduan hidup kita sebagai hamba Allah
dimuka bumi ini. Sekiranya rukun Islam dan rukun Iman masih lupa maka cuba
bayangkan apa yang terjadi pada hidup kita? Apabila adanya kedua-dua rukun ini,
ia akan menjadi panduan hidup dan menghormati manusia lain. Sebab itu,
keganasan rumahtangga masih menjadi-jadi kerana iman di dada tidak utuh. Mudah
hanyut dengan syaitan. Maka isterilah yang selalu dipersalahkan dengan setiap
apa yang terjadi. Padahal, isteri ini selalu mendoakan kesejahteraan suaminya.Ini tidak, asal balik rumah saja
nak sepak terajang isteri. Isteri juga manusia yang mempunyai perasaan. Jika
suami itu mempunyai iman didada yang kuat maka tidak terniat pun dihati mereka
ingin memukul isteri. Pada waktu itu, syaitan akan kalah kerana si suami sangat
dekat dengan agama Allah.
Terdapat beberapa jenis penderaan
seperti pemangsa akan menyerang pada muka, tangan, badan dan kaki mangsa.
Selain itu, pemangsa akan membaling atau merosakkan harta benda.pemangsa
selalunya akan membaling alat perkakas atau apa-apa sahaja yang mudah dicapai
dan memusnahkan harta dirumah. Penderaan mencekik juga merupakan perkara biasa
yang dilakukan pemangsa dan perbuatan ini jelas bahawa pemangsa lebih berkuasa
sementara mangsa hanya merayu memohon belas kasihan. Penderaan juga dilakukan
dengan penderaan mental seperti melemparkan cacian dan kejian sebelum mendera
secara fizikal.
Kesimpulannya, Allah jadikan kita
berpasangan agar saling melengakapi dan menyayangi antara satu sama lain. Allah
jadikan Hawa daripada tulang rusuk Adam. Ini bermakna seorang wanita yang
bergelar isteri menjadi pendamping di sisi buat lelaki yang bergelar suami.
Isteri tidak minta dijunjung dan tidak minta untuk dipijak. Sebelum berbuat
sesuatu, suami haruslah memikirkan setiap pengorbanan yang dilakukan isteri.
Jika isteri melakukan kesalahn, tegurlah dengan berhemah.

.jpg)
.jpg)
.jpg)


