5 Inisiatif Untuk
Memperkasakan Pembangunan Bumiputera
Kriiiiiiiinnnnggggg.....Loceng
berbunyi tamat waktu rehat. Pelajar tingkatan 6 Sekolah Menengah Kebangsaan
Teratak Ilmu (SMKTI) berpusu-pusu memasuki kelas masing-masing. Hisyam merupakan ketua tingkatan 6 atas sastera (6AS)
pergi mencari guru pengajian am di bilik guru. Selang beberapa minit kemudian,
Cikgu Fakrul masuk ke kelas dengan membawa rotan. Cikgu Fakrul merupakan guru
disiplin bagi sekolah tersebut namun
Cikgu Fakrul sangat baik dengan pelajar tingkatan 6AS.
Cikgu Fakrul : Assalamualaikum
dan salam sejahtera pelajar sekalian.
Pelajar 6AS : Waalaikumsalam dan
salam sejahtera cikgu.
Cikgu Fakrul : Sebelum kita
mulakan kelas, saya nak tahu apakah isu yang terbaru yang kamu semua tahu?
Mei Ling : Saya cikgu. (Sambil
mengangkat tangan)
Cikgu Fakrul : Ya Mei Ling??
Mei Ling : Baru-baru ini saya ada
baca surat khabar. Dalam surat khabar menulis tentang lima inisiatif yang
diperkenalkan oleh Perdana Menteri kita.
Cikgu Fakrul : Boleh kamu
terangkan kepada saya tentang lima inisiatif tu??
Ravi : Biar saya yang terangkan
untuk inisiatif yang pertama.(terus berdiri tanpa mengangkat tangan)
Cikgu Fakrul : Bagus Ravi.
Baiklah silakan.
Ravi : Tujuan Perdana Menteri memperkenalkan
inisiatif ini ialah untuk memperkasakan agenda pembangunan bumiputera.
Inisiatif yang pertama ialah dengan meningkatkan pemilikan ekuiti bumiputera
melalui penginstitusian.
Cikgu Fakrul : Bagus Ravi.
Baiklah murid-murid. Mengapa kerajaan ingin meningkatkan pemilikan ekuiti bumiputera
melalui penginstitusian?
Hisyam : Saya cikgu. Hal ini
kerana syarikat pelaburan yang berkaitan dengan kerajaan seperti Permodalan
Nasional Berhad (PNB), Lembaga tabung angkatan tentera (ltat) dan tabung haji
akan memperbaharui, memperkukuhkan dan memperluaskan dana dan usaha untuk
pemilikan dan kawalan ekuiti bumiputera. Selain itu kerajaan juga ada
menubuhkan Ekuinas. Ekuinas ini adalah institusi pelaburan ekuiti swasta
bumiputera.
Cikgu Fakrul : Betul dengan
penerangan Hisyam tu. Kamu semua tahu tak fungsi Ekuinas?
Semua pelajar : Tak cikgu.
Cikgu Fakrul : Fungsi Ekuinas
ialah Ekuinas ini berfungsi dengan memberi penekanan khusus untuk kita melabur
ke dalam syarikat yang sederhana besar yang mempunyai potensi yang tinggi untuk
menjadi maju menjadi peneraju utama bagi sektor masing-masing. Ekuinas ini juga
ada mirip kepada PNB. Disamping itu, Ekuinas membawa pendekatan yang baru yang
lebih mesra dengan pasaran berdasarkan merit. Terutama sekali kepada usahawan
bumiputera yang berwibawa dan golongan profesional yang berusaha dalam
menggembangkan syarikat masing-masing samada di peringkat domestik atau arena
serantau pasti akan mendapat sokongan daripada kerajaan. Semua ini dikatakan
oleh Perdana Menteri ni semasa beliau membentangkan Rancangan Malaysia
kesepuluh (RMK-10) di Dewan Rakyat. Bagaimana pula dengan inisiatif kedua?
Rose Mawar : Biar saya pula yang
menerangkan inisiatif kedua.
Cikgu Fakrul mengangguk tanda
membenarkan Siti Mawar menjelaskan tentang inisiatif kedua.
Siti Mawar : Perdana Menteri
menyatakan ingin meningkatkan pemilikan hartanah bumiputera. Untuk mengurangkan
kekangan kepada bumiputera dalam membuat pelaburan untuk sektor hartanah
komersial dan industri maka Pelaburan Hartanah Berhad akan menubuhkan tabung
pelaburan amanah hartanah supaya pelabur bumiputera akan mendapat faedah
daripada peningkatan nilai hartanah. Jika tidak silap, kerajaan akan memilih
Kampong Baru.
Cikgu Fakrul : Kamu semua tahu
tak kenapa Kampong Baru dipilih dan kenapa kampung lain tidak dipilih??
Semua pelajar terdiam dan ada
yang menggeleng.
Cikgu Fakrul : Ini kerana Kampong
Baru adalah aset bumiputera kerana kedudukannya yang berada di tengah pusat ibu
kota bandaraya di Kuala Lumpur. Kampong Baru ni mempunyai nilai hartanah yang
sangat tinggi maka kerajaan tidak mahu menjejaskan kedudukan orang Melayu kerana mereka merupakan pemegang asal tanah di kawasan itu. Apa pula pendapat kamu tentang
inisiatif yang ketiga?
Cikgu Fakrul melihat ke arah semua
pelajar dan cuba mencari pelajar yang meletakkan kepala di atas meja lalu
memanggil Wong.
Cikgu Fakrul : Ha..kamu Wong.
Boleh kamu terangkan secara terperinci tentang inisiatif ketiga? (kata Cikgu Fakrul sambil menunjuk ke arah Wong)
Wong : Senang saja cikgu. Kita
boleh menambah baik program pembangunan kemahiran dan keusahawanan serta
pembiayaan melalui pelbagai agensi penbangunan bumiputera merupakan inisiatif
yang ketiga. Untuk meningkatkan daya saing dan daya maju pakej secara bersepadu
akan dilaksanakan dalam Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera
(MPPB) dengan memberi latihan keusahawan, bantuan teknikal, pembiayaan, khidmat
rundingan serta promosi dan pemasaran. Namun kerajaan ada memberikan peruntukan
tapi saya tak berapa ingat berapa peruntukan tersebut.
Tiba-tiba Letchumi mencelah.
Letchumi : Jika tidak silap, saya
rasa RM3 billion merupakan dana dalam Skim Jaminan Modal Kerja namun separuh
daripadanya iaitu RM1.5 billion akan digunakan untuk peruntukan kepada usahawan
bumiputera.
Cikgu Fakrul : Betul tu Letchumi.
Kerajaan memberikan peruntukan itu kerana ia dapat memperkukuhkan organisasi
pembangunan seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Perbadanan Usahawan
Nasional Berhad (PUNB).
Ranjit Singh : Saya cikgu. (terus
bangun dan mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal)
Cikgu Fakrul : Kenapa dengan kamu
Ranjit?
Ranjit Singh : Dah lama saya nak
cakap ni cikgu.
Hisyam mencelah.
Hisyam : Kau nak cakap apa
Ranjit?
Ranjit Singh : Saya mau pergi
tandas. Sudah lama saya tahan ini cikgu.
Semua pelajar ketawa melihat
gelagat Ranjit Singh. Ranjit terus meluru keluar tanpa mempedulikan
rakan-rakannya sedang ketawa akan dia.
Amin : Saya nak cakap pasal
inisiatif ke empat. Daripada tadi saya sudah tidak sabar-sabar nak kongsi
dengan semua.
Cikgu Fakrul mengangguk tanda memberi
peluang kepada Amin memberikan pandangannya.
Amin : Perdana Menteri ada kata
mahu membangunkan guna tenaga profesional bumiputera secara lebih tuntas.
Maksudnya, kerajaan mahu melahirkan ramai ahli professional bumiputera seperti
ahli korporat, akauntan, jurutera, doktor pakar, dan peguam.
Cikgu Fakrul : Cuba kamu lihat di
Malaysia ini semua profession telah diceburi oleh bumiputera. Contohnya,
profesion kejuruteraan, perubatan, guaman, juruukur dan seni bina.
Andak : Menurut statistik dari
tahun 2000 hingga 2008, terdapat peningkatan guna tenaga bagi profesion
bumiputera dari 56peratus kepada 63peratus. Bagi bidang pentadbiran dan
pengurusan juga berlaku peningkatan dari 46peratus kepada 51peratus.
Cikgu Fakrul : Bagus semua tapi
siapa nak terangkan tentang inisiatif yang ke lima??
Christ : Saya cikgu.
Cikgu Fakrul : Baiklah Christ.
Silakan.
Christ : Menurut inisiatif yang
ke lima pula ingin menubuhkan satu majlis peringkat tertinggi untuk merancang,
menyelaras dan memantau pelaksanaan agenda pembangunan bumiputera.
Cikgu Fakrul : Majlis Tertinggi yang
akan ditubuhkan ini akan diketuai oleh Perdana Menteri sendiri, beberapa
anggota kabinet, pegawai kerajaan dan pihak swasta. Urusetia kepada majlis ini
ialah Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Program ini akan
dipantau oleh Unit Pengurusan Projek,
Kementerian Kewangan untuk memastikan segala yang dirancang dapat dilaksanakan
dengan lebih efisien dan efektif. Nampaknya kamu semua sangat peka dengan isu
semasa tentang negara kita ni. Saya berharap agar kamu semua kekalkan prestasi
ni. Sekurang-kurangnya bila ada orang tanya dan kamu boleh menjawab dengan
penuh yakin.
Kriiiiinnnggggg....loceng
pertukaran waktu sudah berbunyi...
Cigu Fakrul : Nampaknya setakat
ini sahaja perbincangan kita. Saya nak kamu semua tuliskan dalam buku latihan tentang
tajuk “ 5 Inisiatif Untuk Memperkasakan Pembangunan Bumiputera” dengan
huraiannya seperti yang kita bincangkan tadi.
Hisyam : bangun semua. Terima
kasih cikgu.
Cikgu Fakrul pun berlalu
meninggalkan pelajar 6AS dengan guru matapelaran yang lain.
Sumber : http://ww2.utusan.com.my/utusan/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan